Saturday, October 10, 2015
Trip ke Cameron Highland
Abang Danial nampak bersemangat nak travel...hihi
Entri kali ni saya nak berkongsi pengalaman travel kami sekeluarga ke Cameron Highlands....sebut je Cameron Highlands semua akan terbayang akan kesejukan kawasan tanah tingginya. Yes...you are right! Cameron Highlands memang sejuk..tapi tak la sesejuk 10-15 tahun lepas (saya pernah pegi Cameron Highlands masa di tingkatan 3...masa tu ada perkhemahan..memang sejuk giler2 mase tu..nak gosok gigi pun tak sanggup jgnkan nak mandi...hihi)..ops itu kisah lame ok....now I want to share with you all about the latest situation in Cameron Highlands...still cool but not too cool...just nice la org putih cakap...masih survive walaupun hanya pakai jeans dan t-shirt...kalau waktu dulu kene pakai sweater...
Nak di jadikan cerita, hari kami pergi tu hari Isnin 28 September 2015...suasana renyai jer....dan badan ni dah rasa macam nak demam dah...sepatutnya kami bertolak awal, tapi disebabkan ade hal pagi tu so kami bertolak agak lewat dalam jam 11 pagi dari rumah. Sebelum bertolak tu saya telan la 2 biji Uphamol nak bagi semangat pada badan yang dah mula menunjukkan tanda2 lemah dan semacam...hotel dah booked so kene teruskan juga plan ni...lagi pun plan ke Cameron Highlands ni dah lama saya & wife rancang tapi asyik postpone je...so takkan la kali ni postpone lg kan...hehe...
Dengan Perodua Myvi yang masih setia berkhidmat kami mulakan perjalanan ke Cameron Highlands. Perjalanan berpandukan GPS Papago yang baru je saya beli lebih memudahkan dan menjimatkan masa. Exit Simpang Pulai dan terus ke Cameron Highlands melalui jalan nak ke Gua Musang. Perjalanan memang agak sukar dengan corak jalan yang seperti ular dan menaiki bukit. Agak lama juga Myvi kami ni nak sampai ke destinasi. Kesabaran sangat2 diperlukan. Abang Danial kat belakang dah seperti ayam berak kapur. Munkin sudah pening2. My wife dan adik Dania pula seperti biasa..tag team yang tak dapat dipisahkan...hihi...
Finally kami sampai jugak ke destinasi...Alhamdulillah. Checked in di Country Lodge Resort. Sebuah hotel berkonsepkan Inggeris di atas bukit di pekan Brinchang. Not bad, saya booked melalui Groupon.com. Memang berbaloi la harga dia murah dari harga asal. Bilik yang di pilih ialah standard room, twin bed. Dan sememangnye bilik jenis la yang selalu menjadi pilihan saya.
Country Lodge Resort, Brinchang
Standard Room, Twin Bed
Bilik di sini tiada aircond, cuma ada kipas dinding. Sejuk semulajadi so tak perlu aircond. Kipas pun tak perlu on...memang sejuk sampai ke tulang especially bila petang menjelma. Serius waktu petang ke malam memang sejuk sangat compare dengan waktu pagi. So far tiada kejadian yang menyeramkan sepanjang menginap di hotel ni tapi kalau di google memang kisah seram yang dikaitkan dengan hotel ni..no komen. Bagi saya makhluk tu ada dimana sahaja. Even dalam rumah sendiri pun ada.
Sepanjang berada di Cameron Highlands saya diserang demam yang teruk. Berat betul kepala dan badan nak melangkah ke sana sini. Tapi memikirkan wife dan anak2 sentiasa bersemangat maka saya pun tumpang la semangat dorg..huhu. Kami habiskan masa kami kebanyakan dia Taman Agro Tourism, Brincang. Tempat ni memang best. Ade kedai2 yang jual kraftangan, pokok2 kaktus dan kedai makan pun ada. Harus pegi tau.
Background Taman Bunga Taman Agro Tourism
Amacam...teruja tak? hihi..
Pokok2 bunga ni dijual...boleh beli dan bawak balik.
Big Red Strawberry Farm Cafe...sedapnye!
Amboi Adik Dania..kalau dah dapat gula2..
Setelah puas berjalan-jalan di tempat2 menarik Cameron Highlands kami pun berangat pulang. Sepanjang jalan menuruni bukit kelihatan penduduk orang Asli menjual kraftangan dan petai. So kami pun shopping la petai dan bakul untuk emak dan umi.
Sekian entri untuk kali ni...percutian ke Cameron Highlands sememangnya memberi pengalaman baru kepada kami sekeluarga...memang best tapi demam pulak...ape boleh buat kan...huhu...anyway kami plan akan ke sana lagi..in sha Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








nice one bro. crita skit pasal Country Lodge Resort bro. hahaha
ReplyDeleteHahhah
ReplyDeleteHahhah
ReplyDelete